回到顶部
2024-11-26当前位置:网站首页 > 中医中药 > 针灸按摩 >

Bukti kami

Untuk carian lebih lanjut, sila ke laman web Perpustakaan Cochrane.

Bukti kesihatan kami - bagaimana ia boleh membantu andaBukti kesihatan kami - bagaimana ia boleh membantu anda"Cochrane meringkaskan penemuan-penemuan supaya orang yang membuat keputusan penting – anda, doktor anda, orang yang menulis panduan perubatan – boleh menggunakan maklumat saksama untuk membuat pilihan yang sukar tanpa perlu terlebih dahulu membaca setiap kajian luar sana..."
Menapis bukti, The Guardian 14 September 2016

Cochrane menghasilkan ulasan sistematik bagi penyelidikan utama di dalam polisi dan penjagaan kesihatan manusia. Setiap Ulasan Cochrane menangani soalan yang digubal dengan jelas; misalnya:

Bolehkah antibiotik membantu mengurangkan gejala sakit tekak?

Untuk menjawab soalan ini, kami mencari dan mengumpul semua penyelidikan utama sedia ada tentang sesuatu topik yang memenuhi kriteria tertentu; kemudian kami menilainya menggunakan garis panduan yang ketat, untuk menentukan sama ada terdapat bukti konklusif tentangi rawatan tertentu. Ulasan Cochrane diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai standard tertinggi di dalam penjagaan kesihatan berasaskan bukti dan kami terbitkannya dalam talian di Perpustakaan Cochrane.

Kami sentiasa mengemaskini Ulasan Cochrane untuk memasukkan penyelidikan baru, agar anda boleh membuat keputusan rawatan berdasarkan bukti kesihatan yang boleh dipercayai dan terkini.

Menggunakan petak carian, anda boleh mencari Ringkasan Bahasa Mudah yang merupakan seksyen utama setiap Ulasan CochraneRingkasan Bahasa MudahApakah Ringkasan Bahasa Mudah Cochrane?

Ringkasan Bahasa Mudah (PLSs) membantu orang memahami dan mentafsir hasil penyelidikan dan dimasukkan ke dalam semua Ulasan Cochrane. PLS dicipta menggunakan kandungan, struktur dan bahasa standard untuk memudahkan kefahaman dan terjemahan.

Kami mempunyai lebih 7000 PLS yang anda boleh dapati dengan menggunakan petak carian di atas.


Topik-topik kesihatan:Alergi tak toleransGangguan darahKanserKesihatan kanak-kanakPerubatan alternatif komplementariStrategi komunikasi pengguna Pergigian kesihatan oralMasalah-masalah perkembangan, psikososial pembelajaranDiagnosisTelinga, hidung tekakSistem kesihatan amalan yang berkesanEndokrin metabolikMata penglihatanGastroenterologi HepatologiGangguan genetikGinekologiKesihatan dan keselamatan di tempat kerjaJantung peredaran darahPenyakit berjangkitPenyakit buah pinggangParu-paru saluran pernafasanKesihatan mentalKaedahPenjagaan neonatalNeurologiOrtopedik traumaSakit anestesiaKehamilan kelahiran Kesihatan awamReumatologiMasalah kulitTembakau, dadah alkoholUrologiLuka Tutup
Bagaimana mencari Ringkasan Bahasa MudahBagaimana mencari Ringkasan Bahasa Mudah

Ingin tahu lebih lanjut tentang bukti-bukti kesihatan?Ingin tahu lebih lanjut tentang bukti kesihatan?

Cochrane menerbitkan pelbagai bahan untuk menyokong dan membimbing dalam membuat keputusan kesihatan anda. Berikut adalah beberapa sumber terpilih:

Bukti Kepentingan Cochrane - sumber dalam talian percuma yang menawarkan pengenalan bukti kesihatan dan cara menggunakannya untuk membuat pilihan kesihatan yang termaklumUlasan-ulasan yang ditampilkan- ketahui lebih lanjut tentang bukti Cochrane terkini yang ditampilkan bersama pautan-pautan kepada Ringkasan Bahasa Mudah dan ulasan-ulasan penuh Podcasts - dengar bukti Cochrane terkini dalam format audio yang mudah diakses, membolehkan anda kekal terkini tentang ulasan-ulasan terbitan baharu di mana sahaja anda beradaSertai Cochrane - dapatkan surat berita bulanan kami dan bangunkan kemahiran baru dan minatLatihan Cochrane - ketahui lebih lanjut tentang sumber-sumber pembelajaran kami dan latihan yang kami tawarkanJaringan Pengguna Cochrane - satu kumpulan untuk pesakit, penjaga, ahli keluarga dan orang lain yang berminat dalam bukti berkualiti tinggi dan membantu menjadi sebahagian daripada menghasilkannyaUjian Rawatan interaktif - baca mengapa penting untuk rawatan-rawatan diuji dengan teliti Ini adalah e-buku percuma dan sumber-sumber yang berkaitanBukti terbaik untuk pelajar - adalah komuniti dalam talian bagi pelajar-pelajar yang berminat dalam penjagaan kesihatan berasaskan bukti, penuh dengan sumber yang berguna

Sila ke Perpustakaan Cochrane

上一篇:코크란 제공 근거
下一篇:Nasze dane naukowe
Copyright © 2012-2024. All rights reserved  备案号:京ICP备06040839号-8  XML地图  模板巴巴
行业动态 | 生活保健 | 中医中药 | 美容天地

扫码关注公众号